Monday, January 5, 2015

Persoalan Penting Kenapa anda Memerlukan Perlindungan Takaful



Ramai dari kalangan orang Melayu beranggapan, mengapa perlu takaful, sedangkan kematian adalah kemestian yang harus dihadapi. Kita sebagai umat Islam haruslah berusaha untuk diri kita dan juga tolong menolong sesama Islam. 

Kita yang hidup dalam satu-satu kariah pun diwajibkan mengambil perlindungan khairat kematian. Tujuannya adalah untuk memudahkan urusan pengebumian kita kelak. Namun khairat skala kecil begitu terhad kepada urusan jenazah kita sahaja. Sedangkan dengan pemergian kita, waris-waris kita harus menyelesaikan pelbagai perkara lagi seperti hutang-hutang rumah, kereta dan sebagainya.

Sekiranya anda mengambil perlindungan takaful, anda telah meninggalkan harta yang segera (dari segi kecairan) kepada waris-waris kita. 

Berikut diringkaskan kenapa anda perlu mengambil perlindungan takaful;


1. Perlindungan pendapatan

Elakkan dari perkara-perkara seperti di bawah;

a) Terpaksa bekerja semula / buka bisnis
b) Harap bantuan saudara mara / kenalan / orang ramai
c) Dihantar kerumah orang tua

Adakah ini yang kita inginkan untuk diri kita apabila kita bersara kelak? Adakah kita sanggup untuk menyusahkan ahli keluarga, anak-anak @ kenalan kita disebabkan oleh keengganan kita untuk mula menyimpan menganbil perlindungan takaful dari sekarang? 

2. Kematian

Sebagai persediaan untuk mengahadapi kematian, kita harus memikirkan tanggungjawab yang kita terpaksa tinggalkan seperti berikut:

a) Menyara keluarga
b) Membiayai pendidikan dan keperluan anak
c) Menyediakan temat tinggal untuk keluarga
d) Menyelasaikan hutang piutang. Amalan kita akan tergantung selagi hutang dengan manusia tidak diselesaikan.

Kita sebenarnya harus memikirkan keperluan perlindungan ini lebih daripada perkara-perkara yang melalaikan seperti belanja untuk hiburan (ASTRO, Internet dan seumpamnya). Tidak dinafikan bahawa ada perkara yang penting, namun kita harus memberi keutamaan ke atas perkara yang benar-benar perlu.

 Menyertai pelan takaful pada usia muda sebenarnya banyak menjimatkan wang anda. Semestinya menyertai takaful pada usia 25 tahun adalah lebih baik berbanding pada umur 40 tahun dari segi jumlah perlindungan yang diperolehi.

3. Cacat anggota badan/lumpuh

Kita sebenarnya tidak mengetahaui bila kita akan sakit atau ditimpa musibah. Kesilapan kita adalah bahawa kita menyangka kita tidak akan ditimpa kemalangan. Kita biasanya akan menyesal bila sesuatu terjadi kepada kita. Namun bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

Bagi mereka yang bekerja dan disediakan rawatan oleh majikan. Namun satu perkara yang perlu difikirkan adalah, majikan anda hanya menyediakan perlindungan sehingga anda berumur 55 tahun sahaja. Sedangkan selepas anda bersara, maka waktu itulah kebanyakan dari kita akan mulai dihinggapi penyakit-penyakit berbahaya. 

Jadialah seperti bangsa-bangsa lain, mereka meninggalkan harta kepada anak-anak dan keluarga mereka bila mereka meninggal dunia. Jangan kita meninggalkan beban kepada mereka. Fikirkan! Pilihan sentiasa ada di hadapan anda.


0 comments:

Post a Comment