Pelanggan diutamakan

Di Etiqa, anda sebagai pelanggan adalah keutamaan kami.

PELAN HARMONI

Mengikut statistik, 19 orang* dimasukkan ke hospital setiap jam; dianggarkan 1,035 orang meninggal dunia akibat kemalangan setiap tahun dan ramai yang tiada simpanan untuk kegunaan waris ataupun ahli keluarga. Berusahalah untuk masa hadapan yang lebih cerah kerana hidup ini penuh dengan ketidakpastian. sumber: *World Health Organization 2004; Disease and Injury Country Estimates

Ultra Medic Rider - Your medical needs

“In Malaysia, medical inflation is estimated to be around 15% each year. That is to say, a simple appendicitis surgery that costs RM1,800 three years ago will set you back by about RM3,000 today.” “Increases in medical bills are outpacing the general inflation rate each year. That raises the question whether healthcare is reserved only for those who can afford it.” - The Star, March 14 2009.

PELAN HAJI - MABRUR

Sebagai salah satu rukun Islam, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap Orang Islam yang mampu mengerjakan Haji, untuk menjadi tetamu Allah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Sebagai satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia, Haji adalah simbolik kepada perpaduan umat Islam sebagai penyerahan kepada Tuhan. Ia adalah satu perjalanan yang indah untuk memohon keampunan, sebagai satu bentuk jihad paling mudah dan peluang untuk menebus dosa dan bermula semula dalam keadaan diri yang bersih lagi suci.

INTELEK

Your children are your pride and joy. As a responsible parent, you know that education is vital to success and would have started saving for their future. But your savings alone may not be sufficient. Education costs are escalating. In 10 years' time a 4-year university course could cost RM72,000.00 in Malaysia*, RM 250,000.00 in Australia or RM400,000.00 in UK***. If any unwanted incident occurs, your children may not even get the education they deserve. That is why it is crucial to start planning for their future now.

Thursday, March 12, 2015

Contoh bayaran bulanan bagi medical card bagi mereka berumur 29 tahun:









Tempoh kad: 37 tahun

Bayaran Bulanan: RM108 sahaja


Manfaat Kematian/TPD: RM46,700


Had kad perubatan sepanjang hayat: RM400,000


Had tahunan kad perubatan: RM100,000


Had Bilik: RM200 semalam


Ko Takaful: Tiada


Jumlah simpanan akhir tempoh sijil: RM11,300

Thursday, March 5, 2015

Siapa kata kad perubatan mahal?

Selalu kita menyangka bahawa untuk dapatkan kad perubatan, kita terpaksa membayar premium bulanan yang mahal.

Namun di Etiqa, anda mampu memilikinya. Bayangkan umur 44 tahun pun premium bulanan tak sampai RM150 sebulan.

Di bawah adalah contoh pelan untuk perbandingan anda.

PrismaPlan 2:

Umur peserta: 44 tahun
Tempoh kad perubatan: 31 tahun
Bulanan: RM145
Manfaat kematian/TPD: RM17,210
Pampasan kemalangan: RM10,000
Elaun harian tunai hospital: RM60
Had kad perubatan: RM400,000
Had tahunan kad perubatan: RM100,000
Jumlah simpanan: RM7,937

Tuesday, March 3, 2015

Kos perubatan masalah terbesar rakyat Malaysia



Lebih separuh daripada rakyat Malaysia bimbang mengenai pelaburan kesihatan mereka selepas bersara apabila Putrajaya pada hujung tahun lalu mengumumkan kos perubatan swasta akan dinaikkan.

Kajian daripada kumpulan khidmat kewangan antarabangsa, Indeks Manulife Investor Sentiment mendapati 56% rakyat Malaysia bimbang tentang kenaikan harga ubat dan kesannya kepada wang simpanan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Manulife Holdings Bhd, Mark O'Dell, berkata perkara paling utama yang dibimbangkan selepas bersara adalah kos perubatan berbanding isu kesihatan yang semakin merosot pada usia tua.
"Ramai responden menunjukkan kos perubatan semasa tempoh persaraan menjadi kerisauan selepas perbelanjaan isi rumah.
"Mereka lebih bimbang jika tidak mampu menampung kos perubatan mereka daripada memikirkan tentang kesihatan yang akan semakin merosot," kata O'Dell dalam satu kenyataan.
Perkara ini berbeza dengan masyarakat negara lain di Asia yang menunjukkan keutamaan mereka adalah tahap kesihatan yang semakin menurun, kata O'Dell.
Ironinya, kajian mendapati 51% rakyat Malaysia menunjukkan kurang peka tentang penurunan tahap kesihatan ketika bersara, berbeza dengan 64% responden daripada seluruh Asia yang menyuarakan tahap kesihatan mereka sebagai kebimbangan utama.
Hampir separuh daripada rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam kajian ini mempunyai insurans perubatan dan kesihatan.
Sebahagiannya berniat untuk memperbaharui semula atau mengekalkan insurans mereka apabila bersara, manakala yang lain enggan meneruskannya.
"Punca kebimbangan mereka ini mungkin tindak balas terhadap tindakan Putrajaya hujung tahun lalu yang mengumumkan untuk memberi laluan kepada sektor swasta untuk menaikkan harga perubatan," kata O' Dell.
"Selepas 12 tahun harga ubat dikawal, langkah itu bakal memberi kesan berganda.
"Orang ramai sedar kesan inflasi perubatan jika tindakan menaikkan harga ubat dilakukan," katanya.
Mac lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam mengumumkan pengamal perubatan dan pergigian dibenarkan menaikkan yuran khidmat profesional mereka sebanyak 14.4%.
Subramaniam berkata, kadar itu adalah kenaikan paling maksimum yang dibenarkan Putrajaya dan berpatutan serta selari dengan kadar inflasi 23%.
"Ketika bersara, pelabur Malaysia menjangkakan perbelanjaan kesihatan dan perubatan mereka adalah sebanyak 13% daripada perbelanjaan bulanan mereka.
"Manakala pelabur yang mahu meneruskan insurans perubatan mereka dijangka menambah lagi 10% perbelanjaan untuk premium kesihatan dan perubatan.
"Dalam kiraan mereka, hanya perbelanjaan isi rumah dan keperluan harian (28% daripada jumlah perbelanjaan bulanan) akan bertambah setiap bulan," kata O'Dell.
Katanya, walaupun keutamaan antara rakyat Malaysia dengan masyarakat lain di Asia berbeza, namun isu kemerosotan kesihatan juga tidak diketepikan.
"Jelas rakyat Malaysia juga mahu melindungi simpanan kewangan mereka tetapi dengan menaikkan perbelanjaan kesihatan bukanlah cara yang betul," katanya.
Indeks Manulife Investor Sentiment adalah kaji selidik bersiri yang mengkaji keperluan pelabur di seluruh negara.
Kajian MISI juga keyakinan terhadap pelaburan semakin melonjak, walaupun tidak menepati perbelanjaan besar dalam pelaburan sebenar.
Malaysia berkongsi kedudukan dengan Filipina sebagai negara pelaburan paling positif di Asia.
Sentimen pelabur keseluruhan antara pelabur di Malaysia melompat 10 mata kepada 58, jauh lebih tinggi daripada purata 24 di negara lain.
Jumlah lonjakan itu dicatatkan sebagai paling besar dalam tempoh suku pertama 2014 sekali gus meningkatkan keyakinan dalam prospek pembangunan negara.
Pendapat pelabur Malaysia dalam semua sektor aset secara umumnya adalah positif, tetapi yang paling menonjol adalah ekuiti (naik 9% hingga 39%) dan dana bersama (naik 16% hingga 54%).
Kedua-dua ekuiti dan dana bersama dibantu oleh kenaikan di pasaran saham sepanjang tempoh tersebut.
Keadaan ekonomi yang agak kukuh di Malaysia memberikan kesan; suku pertama 2014 pertumbuhan KDNK berkembang di +6.2% setiap tahun, menepis jangkaan pasaran dan menunjukkan pertumbuhan paling kukuh sejak suku keempat 2012.
Penganalisis bagaimanapun secara berhati-hati optimis dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia semasa baki 2014.
Pertumbuhan dijangka didorong oleh permintaan domestik dan pemulihan sektor eksport berdasarkan pertumbuhan ekonomi dunia yang berterusan.
Pegangan tunai antara pelabur Malaysia kekal antara sekitar empat bulan pendapatan peribadi, yang terendah di rantau ini, tetapi menyusutkan peratus portfolio mereka kepada 40%. – 24 Mei, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kos-perubatan-masalah-terbesar-rakyat-malaysia-lepas-bersara#sthash.bERGOTGs.dpuf