Pelanggan diutamakan

Di Etiqa, anda sebagai pelanggan adalah keutamaan kami.

PELAN HARMONI

Mengikut statistik, 19 orang* dimasukkan ke hospital setiap jam; dianggarkan 1,035 orang meninggal dunia akibat kemalangan setiap tahun dan ramai yang tiada simpanan untuk kegunaan waris ataupun ahli keluarga. Berusahalah untuk masa hadapan yang lebih cerah kerana hidup ini penuh dengan ketidakpastian. sumber: *World Health Organization 2004; Disease and Injury Country Estimates

Ultra Medic Rider - Your medical needs

“In Malaysia, medical inflation is estimated to be around 15% each year. That is to say, a simple appendicitis surgery that costs RM1,800 three years ago will set you back by about RM3,000 today.” “Increases in medical bills are outpacing the general inflation rate each year. That raises the question whether healthcare is reserved only for those who can afford it.” - The Star, March 14 2009.

PELAN HAJI - MABRUR

Sebagai salah satu rukun Islam, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap Orang Islam yang mampu mengerjakan Haji, untuk menjadi tetamu Allah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Sebagai satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia, Haji adalah simbolik kepada perpaduan umat Islam sebagai penyerahan kepada Tuhan. Ia adalah satu perjalanan yang indah untuk memohon keampunan, sebagai satu bentuk jihad paling mudah dan peluang untuk menebus dosa dan bermula semula dalam keadaan diri yang bersih lagi suci.

INTELEK

Your children are your pride and joy. As a responsible parent, you know that education is vital to success and would have started saving for their future. But your savings alone may not be sufficient. Education costs are escalating. In 10 years' time a 4-year university course could cost RM72,000.00 in Malaysia*, RM 250,000.00 in Australia or RM400,000.00 in UK***. If any unwanted incident occurs, your children may not even get the education they deserve. That is why it is crucial to start planning for their future now.

Thursday, August 28, 2014

Ilustrasi harga `

Bagi anda yang berumur 28 tahun, berikut adalah gambaran manfaat yang anda bakal perolehi dengan bayaran seendah RM135 sebulan;

Khairat kematian: RM24, 000
Kematian akibat kemalangan: RM44, 000
Personal Accident (PA): RM20, 000
Simpanan pada akhir polisi: RM88, 000

Kad perubatan:
Had sepanjang hayat: RM400,000
Had Tahunan: RM100,000
Had Bilik: RM200 sehari (sehingga 120 hari)



Wednesday, August 13, 2014

Ramai hutang kad kredit, bank untuk jelas kos perubatan swasta tinggi

KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan
Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.
Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.
“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.

Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.
Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.

Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.
Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit.
Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman.
Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.

“Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang baik,” katanya.
Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.
“Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.
Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh negara.

Monday, August 11, 2014

Kenapa orang Melayu suka berbelanja perkara yang tak perlu?

Bangsa Melayu Malaysia antara mereka yang suka berbelanja perkara yang tak perlu berbanding perlindungan untuk keluarga mereka.

Namun bukan semua berfikiran begitu. Jika anda masih muda, dan dengan menyimpan serendah RM100 sebulan, anda sebenarnya telah meninggalkan harta tunai yang boleh diagihkan kepada waris dengan cepat. Berbanding dengan harta seperti rumah dan tanah yang perlu melalui proses guaman dan seumpanya.

Di sini saya tidak mengatakan yang kita tidak boleh berbelanja untuk 'leisure ' seperti hiburan dan seumpamanya. Apa yang penting kita harus utamakan perlindungan untuk keluarga kita.

Kepada yang belum mengambil apa-apa polisi Takaful, saya bersedia membantu anda merancang perlindungan yang optimum untuk diri anda dan keluarga.

Thursday, August 7, 2014

Wardina saran artis Malaysia tamatkan kontrak dengan jenama israel

Krisis antara Israel dan Palestin nampaknya semakin meruncing kini. Saban hari ada sahaja mayat anak-anak kecil dan kaum wanita yang menjadi mangsa kekejaman Zionis.
AAAPrihatin dan marah dengan kemelut tiada berkesudahan itu, majoriti rakyat Malaysia juga kini sudah menjalankan usaha tersendiri bagi memboikot produk yang dikeluarkan oleh Israel.
Terkini, Wardina Safiyah juga mengambil langkah yang sama dengan menyeru agar semua artis Malaysia menamatkan kontrak dengan sebarang jenama yang membantu Israel, sama ada secara langsung ataupun tidak.
Status yang dimuat naik pada 4 Ogos itu mendapat sokongan ramai apabila memperoleh lebih 1,900 jumlah likes dan 116 shares oleh para netizens.
Rata-rata mereka memuji tindakan yang dilakukan oleh Wardina walaupun masih ada juga segelintir yang mempersoalkan kerasionalan untuk memboikot produk daripada jenama Israel. -OHBULAN-
- See more at: Sensasi Malaysia