Krisis antara Israel dan Palestin nampaknya semakin meruncing kini. Saban hari ada sahaja mayat anak-anak kecil dan kaum wanita yang menjadi mangsa kekejaman Zionis.
Prihatin dan marah dengan kemelut tiada berkesudahan itu, majoriti rakyat Malaysia juga kini sudah menjalankan usaha tersendiri bagi memboikot produk yang dikeluarkan oleh Israel.
Terkini, Wardina Safiyah juga mengambil langkah yang sama dengan menyeru agar semua artis Malaysia menamatkan kontrak dengan sebarang jenama yang membantu Israel, sama ada secara langsung ataupun tidak.
Status yang dimuat naik pada 4 Ogos itu mendapat sokongan ramai apabila memperoleh lebih 1,900 jumlah likes dan 116 shares oleh para netizens.
Rata-rata mereka memuji tindakan yang dilakukan oleh Wardina walaupun masih ada juga segelintir yang mempersoalkan kerasionalan untuk memboikot produk daripada jenama Israel. -OHBULAN-
- See more at: Sensasi Malaysia
0 comments:
Post a Comment