Monday, January 5, 2015
Persoalan Penting Kenapa anda Memerlukan Perlindungan Takaful
4:18 PM
No comments
Ramai dari kalangan orang Melayu beranggapan, mengapa perlu takaful, sedangkan kematian adalah kemestian yang harus dihadapi. Kita sebagai umat Islam haruslah berusaha untuk diri kita dan juga tolong menolong sesama Islam.
Kita yang hidup dalam satu-satu kariah pun diwajibkan mengambil perlindungan khairat kematian. Tujuannya adalah untuk memudahkan urusan pengebumian kita kelak. Namun khairat skala kecil begitu terhad kepada urusan jenazah kita sahaja. Sedangkan dengan pemergian kita, waris-waris kita harus menyelesaikan pelbagai perkara lagi seperti hutang-hutang rumah, kereta dan sebagainya.
Sekiranya anda mengambil perlindungan takaful, anda telah meninggalkan harta yang segera (dari segi kecairan) kepada waris-waris kita.
Berikut diringkaskan kenapa anda perlu mengambil perlindungan takaful;
1. Perlindungan pendapatan
Elakkan dari perkara-perkara seperti di bawah;
a) Terpaksa bekerja semula / buka bisnis
b) Harap bantuan saudara mara / kenalan / orang ramai
c) Dihantar kerumah orang tua
Adakah ini yang kita inginkan untuk diri kita apabila kita
bersara kelak? Adakah kita sanggup untuk menyusahkan ahli keluarga, anak-anak @
kenalan kita disebabkan oleh keengganan kita untuk mula menyimpan menganbil
perlindungan takaful dari sekarang?
2. Kematian
Sebagai persediaan untuk mengahadapi kematian, kita harus memikirkan tanggungjawab yang kita terpaksa tinggalkan seperti berikut:
a) Menyara keluarga
b) Membiayai pendidikan dan keperluan anak
c) Menyediakan temat tinggal untuk keluarga
d) Menyelasaikan hutang piutang. Amalan kita akan tergantung selagi hutang dengan manusia tidak diselesaikan.
Kita sebenarnya harus memikirkan keperluan perlindungan ini lebih daripada perkara-perkara yang melalaikan seperti belanja untuk hiburan (ASTRO, Internet dan seumpamnya). Tidak dinafikan bahawa ada perkara yang penting, namun kita harus memberi keutamaan ke atas perkara yang benar-benar perlu.
Menyertai pelan takaful pada usia muda sebenarnya banyak menjimatkan wang anda. Semestinya menyertai takaful pada usia 25 tahun adalah lebih baik berbanding pada umur 40 tahun dari segi jumlah perlindungan yang diperolehi.
3. Cacat anggota badan/lumpuh
Kita sebenarnya tidak mengetahaui bila kita akan sakit atau ditimpa musibah. Kesilapan kita adalah bahawa kita menyangka kita tidak akan ditimpa kemalangan. Kita biasanya akan menyesal bila sesuatu terjadi kepada kita. Namun bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.
Bagi mereka yang bekerja dan disediakan rawatan oleh majikan. Namun satu perkara yang perlu difikirkan adalah, majikan anda hanya menyediakan perlindungan sehingga anda berumur 55 tahun sahaja. Sedangkan selepas anda bersara, maka waktu itulah kebanyakan dari kita akan mulai dihinggapi penyakit-penyakit berbahaya.
Jadialah seperti bangsa-bangsa lain, mereka meninggalkan harta kepada anak-anak dan keluarga mereka bila mereka meninggal dunia. Jangan kita meninggalkan beban kepada mereka. Fikirkan! Pilihan sentiasa ada di hadapan anda.
Wednesday, December 24, 2014
Laporan banjir terkini dari Manek Urai Kelantan
11:16 AM
No comments
| http://kerabubersuara.blogspot.com |
Laporan banjir TERKINI
MANEK URAI
Sehingga 9.31 am
Lokasi : SMK Manek Urai
Hasil kompilasi wasap asal daripada : cikgu
Roslinawati
(guru di smk manek urai)
24/12/2014
04:22 AM
Hati mmg xsng duduk sbb hujan lebat
berterusan...
Klu tgk air kawasan sekolah sekarang mmg mcm
mimpi...xpercaya air naek setinggi sekarang...
Kpd rakan2 di luar sana...
Sekiranya kami semua dah xblh lg
berhubung...tolong dptkan bantuan utk kami keluar ketempat yg lbh slmt...
Ketika ini air masih masuk dgn cpt...
Tingkat satu dah hampir tenggelam
Harap2 air xnaek lagi...
Pukul 4.15...kami ramai2 kt tingkat3 bangunan
sekolah xblh tido lena.
Air srmakin naik..tingkat 1 bangunan sekolah
dah tenggelam keseluruhannya sekarang....pondok jaga hadapan dah xblh nmpk
lagi...
Air hampir cecah lantai pejabat klu air masuk
berterusan dlm tempoh terdekat.kami semua yg ada kt sini dlm bahaya.bantuan
sukar sampai sbb arus air deras.
4.40 am
K.na pun tadi gesa2 tinggalkan rumah bila
bunyi bedil dentum2 minta semua pindah ke kawasan selamat.....
Lgpun air sg melimpah masuk laju melalui
saluran parit sebelah rumah murad...xsampai 1jam air dah hampir 1meter masuk
dataran tempat perhimpunan....
5.00 am
Jam 5.00 pg ini kami dah mula gerak ke tingkat
4..bangunan sebelah library memandangkan air naik dgn cepat...
Air dah mula menaiki tingkat 2 bangunan
sekarang..
Ramai juga mangsa terdiri daripada knk2...
Sukar daptkan bantuan makanan sebab arus deras
sungai lebir melimpah masuk kawasan penempatan.
Lokasi kami utk sebarang tindakan pihak luar.
8.24 am
Tgh menyelamatkan mana2 dokumen penting dan
cpu kt pejabat skrg ni..
C.Bale.....laluan ke asrama...
Rumah2 berdekatan sekolah dah hampir tenggelam
sepenuhnya..
* C. Bale = Cikgu Bazlan
9.20 am
* Dalam keadaan sebegitu getir, Cikgu
Roslinawati n kawan2 berusaha juga selamatkan fail2 dan barangan penting di
pejabat pentadbiran sekolah di tingkat 1
- ulasan cikgu Bazlan
Kami dah angkat mn yg mampu.kami semua dahx
berdaya skrg...
Tgh fikir nk selamatkan nyawa skrg sbb air
makin naek ni.
Kita semua mangsa dlm kelaparan skrg
ni....kesian anak2...
Semua yg ada kt sini dlm ketakutan.
Air xhenti2 lg naik...
Risau tebing2 tepi sungai hanyut.
Surau asrama pun dah hanyut..
*petikan drp pesanan Wasap beliau.
Lokasi 2 :
Kawasan rumah mertua saya di SIMPANG 4 Manjor
/ Kg. Budi Kuala Krai (atas sikit drp Manek Urai)
Tepi jalan utama kuala krai - gua musang
Air sudah di paras bumbung.
Banyak keluarga berkumpul di atas bukit
belakang rumah.
Amat susah dan getir situasinya.
Tiada elektrik, telco amat2 slow.
Saya akan update dari semasa ke semasa.
Harap sahabat2 di luar sana boleh salurkan
maklumat ini melalui apa saja media.
Oleh :
Cikgu Bazlan Bokti
SMK Manek Urai
Monday, December 22, 2014
Perlindungan takaful mengikut keperluan
7:24 PM
No comments
Sebagai pengguna, anda berhak untuk mendapatkan penjelasan sepenuhnya terhadap sesuatu produk takaful dan memastikan setiap produk atau perlindungan tersebut adalah mengikut keperluan anda.Antara keperluan tersebut adalah seperti berikut;
1. Perlindungan pendapatan
2. Perlidungan hutang
3. Perlindungan perubatan
Selain itu kemampuan anda untuk komited kepada bayaran bulanan amatlah perlu sebelum anda bersetuju untuk mengambil apa-apa pelan perlindungan.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut, apakan pelan yang sesuai dan perlu untuk anda. Boleh hubungi saya di 019-2754696 untuk maklumat lanjut dan khidmat perundingan secara percuma.
Wednesday, December 10, 2014
Lima sebab kenapa anda perlu menolak Takaful
9:53 AM
No comments
Mengikut pengalaman, anda boleh menolak untuk mengambil insurans hayat / takaful keluarga sekiranya anda mempunya 5 sebab yang berikut;
1. Tidak perlu Perlindungan Hutang
1. Tidak perlu Perlindungan Hutang
Jika anda tiada sebarang hutang atau telah melangsaikan hutang anda, maka ada seorang yang cemerlang dan amat bijak menguruskan kewangan anda.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jiwa orang mukmin itu tergantung dengan hutangnya (iaitu dia belum dihukum, sama ada kebaikannya atau kejahatannya) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Hutang terbahagi kepada dua iaitu,
- Hutang kepada Allah
- Hutang kepada manusia
Oleh itu anda tida perlu perlindungan insurans atau takaful sekiranya saat ini anda telah;
- Melangsaikan hutang-hutang anda
- Anda mempunyai simpanan yang mencukup untuk melangsaikan hutang anda setelah anda meninggal dunia nanti.
- Anda memang tergolong dalam kategori yang tidak pernah berhutang atau tidak akan berhutang.
2. Tidak perlu perlindungan pendapatan
Anda memang tidak perlu perlindungan pendapatan sekiranya pada masa ini, anda mempunyai simpanan, KWSP serta lain-lain pelaburan yang mencukupi untuk menanpung kehidupan serta melangsaikan hutang anda sekiranya berlaku apa-apa kepada anda seperti cacat kekal, kematian, hilang upaya dan seumpamanya.
Renungkan firman Allah dalam ayat 240, Surah Al-Baqarah;
“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang makruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
Sebagai contoh, sekiranya pendapatan bulanan kita ialah RM4,000, maka kita perlu ada sekurang-kurangnya RM48,000 untuk nafkah isteri selama setahun. Namun mengikut hukum faraid, bahagian isteri adalah 1/8, dengan ini anda perlu menyediakan RM384,000 (RM48,000 x 8). tetapi sekiranya kita menghibahkan harta tersebut kepada isteri, ianya bukanlah menjadi harta pusaka dan jumlah tersebut cukup sekadar RM48,000.
3) Tak perlu perlindungan wang rawatan & perubatan
Sekiranya anda dapat meperuntukkan simpanan anda sejumlah RM200,000 untuk kos rawatan, setelah tolak item 1 & 2 di atas, maka anda mempunyai sebab yang kukuh untuk menolah insurans hayat / takaful keluarga.
4) Tak perlu perlindungan simpanan pendidikan
Anda dapat memperuntukkan sekurang-kurangnya RM50,000 bagi setiap anak anda untuk pengajian peringkat ijazah.
5) Tak perlu perlindungan simpanan hari tua
Anda tidak perlu kepada insurans sekiranya simpanan hari tua anda amat mencukupi.
Sebagai contoh, sekiranya anda berumur 40 tahun dan pendapatan tahunan anda adalah RM48,000, maka anda perlu ada RM1,536,000 untuk meneruskan kehidupans sehingga umur 72 tahun (anggaran jangka hayat penduduk Malaysia).
Untuk penerangan lebih lanjut, anda boleh hubungi 019-2754696.
Kredit kepada http://www.m-niaga.com
Subscribe to:
Posts (Atom)





