Wednesday, December 10, 2014

Lima sebab kenapa anda perlu menolak Takaful

Mengikut pengalaman, anda boleh menolak untuk mengambil insurans hayat / takaful keluarga sekiranya anda mempunya 5 sebab yang berikut;

1. Tidak perlu Perlindungan Hutang

Jika anda tiada sebarang hutang atau telah melangsaikan hutang anda, maka ada seorang yang cemerlang dan amat bijak menguruskan kewangan anda.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jiwa orang mukmin itu tergantung dengan hutangnya (iaitu dia belum dihukum, sama ada kebaikannya atau kejahatannya) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.” (Hadis riwayat Muslim). 


Hutang terbahagi kepada dua iaitu,

  • Hutang kepada Allah
  • Hutang kepada manusia
Oleh itu anda tida perlu perlindungan insurans atau takaful sekiranya saat ini anda telah;
  • Melangsaikan hutang-hutang anda
  • Anda mempunyai simpanan yang mencukup untuk melangsaikan hutang anda setelah anda meninggal dunia nanti.
  • Anda memang tergolong dalam kategori yang tidak pernah berhutang atau tidak akan berhutang.
2. Tidak perlu perlindungan pendapatan

Anda memang tidak perlu perlindungan pendapatan sekiranya pada masa ini, anda mempunyai simpanan, KWSP serta lain-lain pelaburan yang mencukupi untuk menanpung kehidupan serta melangsaikan hutang anda sekiranya berlaku apa-apa kepada anda seperti cacat kekal, kematian, hilang upaya dan seumpamanya.

Renungkan firman Allah dalam ayat 240, Surah Al-Baqarah;

“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang makruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Sebagai contoh, sekiranya pendapatan bulanan kita ialah RM4,000, maka kita perlu ada sekurang-kurangnya RM48,000 untuk nafkah isteri selama setahun. Namun mengikut hukum faraid, bahagian isteri adalah 1/8, dengan ini anda perlu menyediakan RM384,000 (RM48,000 x 8). tetapi sekiranya kita menghibahkan harta tersebut kepada isteri, ianya bukanlah menjadi harta pusaka dan jumlah tersebut cukup sekadar RM48,000.


3) Tak perlu perlindungan wang rawatan & perubatan

Sekiranya anda dapat meperuntukkan simpanan anda sejumlah RM200,000 untuk kos rawatan, setelah tolak item 1 & 2 di atas, maka anda mempunyai sebab yang kukuh untuk menolah insurans hayat / takaful keluarga.

4) Tak perlu perlindungan simpanan pendidikan

Anda dapat memperuntukkan sekurang-kurangnya RM50,000 bagi setiap anak anda untuk pengajian peringkat ijazah.


5) Tak perlu perlindungan simpanan hari tua

Anda tidak perlu kepada insurans sekiranya simpanan hari tua anda amat mencukupi.

Sebagai contoh, sekiranya anda berumur 40 tahun dan pendapatan tahunan anda adalah RM48,000, maka anda perlu ada RM1,536,000 untuk meneruskan kehidupans sehingga umur 72 tahun (anggaran jangka hayat penduduk Malaysia).

Untuk penerangan lebih lanjut, anda boleh hubungi 019-2754696.

Kredit kepada http://www.m-niaga.com

0 comments:

Post a Comment