Pelanggan diutamakan

Di Etiqa, anda sebagai pelanggan adalah keutamaan kami.

PELAN HARMONI

Mengikut statistik, 19 orang* dimasukkan ke hospital setiap jam; dianggarkan 1,035 orang meninggal dunia akibat kemalangan setiap tahun dan ramai yang tiada simpanan untuk kegunaan waris ataupun ahli keluarga. Berusahalah untuk masa hadapan yang lebih cerah kerana hidup ini penuh dengan ketidakpastian. sumber: *World Health Organization 2004; Disease and Injury Country Estimates

Ultra Medic Rider - Your medical needs

“In Malaysia, medical inflation is estimated to be around 15% each year. That is to say, a simple appendicitis surgery that costs RM1,800 three years ago will set you back by about RM3,000 today.” “Increases in medical bills are outpacing the general inflation rate each year. That raises the question whether healthcare is reserved only for those who can afford it.” - The Star, March 14 2009.

PELAN HAJI - MABRUR

Sebagai salah satu rukun Islam, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap Orang Islam yang mampu mengerjakan Haji, untuk menjadi tetamu Allah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Sebagai satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia, Haji adalah simbolik kepada perpaduan umat Islam sebagai penyerahan kepada Tuhan. Ia adalah satu perjalanan yang indah untuk memohon keampunan, sebagai satu bentuk jihad paling mudah dan peluang untuk menebus dosa dan bermula semula dalam keadaan diri yang bersih lagi suci.

INTELEK

Your children are your pride and joy. As a responsible parent, you know that education is vital to success and would have started saving for their future. But your savings alone may not be sufficient. Education costs are escalating. In 10 years' time a 4-year university course could cost RM72,000.00 in Malaysia*, RM 250,000.00 in Australia or RM400,000.00 in UK***. If any unwanted incident occurs, your children may not even get the education they deserve. That is why it is crucial to start planning for their future now.

Friday, October 16, 2015

Duit KWSP tidak mencukupi untuk persaraan



Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, mereka perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM196,000 di dalam akaun bagi membolehkan mereka meneruskan hidup untuk 20 tahun akan datang.

Petikan berita di bawah boleh menolong anda untuk bersedia lebih awal.

27-12-2013, 10:47 AM
KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan ahlinya berhubung kuantum baharu Simpanan Asas, yang menetapkan RM196,800 sebagai amaun minimum ahli yang perlu ada dalam akaun KWSP mereka menjelang umur 55 tahun, berkuat kuasa bulan depan.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kadar baharu itu ditanda aras dengan pencen minimum pekerja sektor awam, yang bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun dari umur 55 hingga 75 tahun.

Beliau berkata, ia akan disemak setiap tiga tahun berdasarkan kepada keperluan persaraan, kadar inflasi dan kos hidup.

"Dengan mengambil kira faktor kos hidup yang semakin meningkat, jangka hayat rakyat Malaysia yang panjang serta kadar inflasi, KWSP telah membuat keputusan meningkatkan Simpanan Asas untuk memastikan 13 juta ahlinya mempunyai tahap simpanan yang mencukupi bagi menikmati persaraan yang mampan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Affendi berkata Simpanan Asas semasa ialah RM120,000 pada umur 55 (RM500 sebulan bagi tempoh 20 tahun) mungkin tidak mencukupi bagi menampung persaraan ahli kerana berada di bawah garis kemiskinan.

Selain itu, katanya, statistik KWSP menunjukkan 71 peratus ahli bersara pada umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dalam akaun KWSP mereka.

Nik Affendi berkata, kadar yang disemak semula ini memerlukan ahli mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun KWSP bagi membolehkan mereka layak menyertai Skim Pelaburan Ahli KWSP di mana simpanan mereka boleh dilaburkan dalam unit amanah.

"Ini untuk memastikan ahli mempunyai simpanan yang mencukupi dalam akaun KWSP apabila mereka bersara bagi membiayai keperluan asas persaraan sebelum boleh memilih untuk melabur dalam pelaburan lain," katanya.

Beliau berkata, antara inisiatif yang diperkenal KWSP untuk mempertingkat simpanan persaraan ahli ialah kadar caruman majikan sebanyak 13 peratus untuk pekerja yang bergaji RM5,000 dan ke bawah.

"Selain itu, kadar caruman penuh KWSP untuk pekerja sehingga umur 60 tahun dan Pengeluaran Fleksibel Umur 55 tahun yang membenarkan ahli untuk memanjangkan simpanan KWSP mereka bagi tempoh yang lama," katanya.

Bagi membantu ahli merancang persaraan mereka, Nik Affendi berkata KWSP akan memperkenal perkhidmatan penasihat kewangan kepada ahli mulai tahun depan dengan projek perintis di Lembah Klang sebelum diperluas ke seluruh negara dalam tempoh tiga tahun.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/kadar-simpanan-asas-baharu-kwsp-januari-ini-1.234452

Thursday, October 8, 2015

Seminar Keluarga Seperti Sahabah 1.0


Maksud hidup yang sangat jelas yang ditunjukkan oleh sahabah iaitu membawa keluarga dan seluruh ummat masuk ke syurga Allah.. Mereka saling menunaikan hak dan tidak menuntut hak mereka semata mata untuk redho Allah.. 20 tahun rumah tangga yang kita bina.. Ke mana arah tuju kita? YaAllah ampunkan kami semua..

InsyaAllah akan di adakan Seminar Keluarga Seperti Sahabah 1.0 bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Makan dan minum disediakan PERCUMA!
Tempat penjagaan kanak2 disediakan PERCUMA! 

Mohon sebarkan. Semoga menjadi asbab hidayah dan kebaikkan amiiin‎

Thursday, July 30, 2015

Mengapa anda memerlukan Takaful

  • Setiap manusia sentiasa terdedah kepada musibah atau malapetaka seperti kecurian, kebakaran, penipuan dan banyak lagi yang boleh mengakibatkan kerugian kewangan dan pengurangan nilai
  • Risiko atau musibah itu tidak pasti bila terjadi
  • Sistem atau saluran bantu membantu tidak dihalang oleh agama, malah ianya sangat dituntut
  • Sistem takaful boleh meringankan beba risiko atau kesedihan untuk menyambung aktiviti harian hidup

Friday, June 19, 2015

Rayuan kos sakit kanser usus

Dipetik dari Sinar Harian 
KUALA KRAI - Seorang penoreh getah dari Kampung Sepuluh, dekat sini, merayu bantuan daripada orang ramai untuk membiayai kos rawatan penyakit kanser usus dihadapinya yang dikesan sejak tahun lalu.

Anuar Yaacob, 43, memaklumkan, doktor mengesahkan kanser tersebut telah merebak ke paru-parunya dan keadaan itu menyebabkan dia tidak lagi mampu bekerja.

Menurut bapa kepada enam anak itu, dia disahkan mengidap penyakit tersebut pada awal tahun lalu dan tidak mampu membiayai sendiri kos rawatan yang melibatkan perbelanjaan agak besar.

"Sejak disahkan mengidap kanser usus, saya tak dapat bekerja kerana tahap kesihatan semakin merosot dan saya perlu mendapatkan rawatan lebih kerap di hospital.

"Sekarang hanya isteri saya bekerja bagi menyara kehidupan kami anak-beranak. Gaji yang diperolehnya sekitar RM900 dan ia tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan termasuk kos rawatan bagi penyakit saya," katanya.

Bagaimanapun Anuar bersyukur kerana mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan walaupun ia hanya mencukupi untuk pembiayaan persekolahan empat anaknya.

Katanya, anak sulungnya kini berusia 20 tahun tetapi tidak dapat bekerja kerana menghadapi masalah kesihatan sejak kecil.

"Sekarang isteri saya ambil alih tugas mencari rezeki. Sebenarnya saya berasa segan untuk minta bantuan orang ramai bagi merawat penyakit kanser yang kini berada pada tahap tiga.

"Namun disebabkan terdesak, saya ketepikan rasa malu. Setakat ini, doktor belum maklumkan berapa bayaran yang dikenakan untuk rawatan dan saya hanya rayu bantuan untuk tanggung kos ulang-alik ke hospital," katanya.

Tambahnya, sejak disahkan mengidap kanser, dia mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sain Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu dan Hospital Kuala Krai, di sini.

"Rawatan yang diterima bergantung kepada tahap kesihatan. Ada kalanya sekali seminggu dan pernah juga dua kali seminggu. Keadaan itu pasti memerlukan wang untuk berulang-alik ke hospital.

"Saya turut berusaha mendapatkan rawatan alternatif dan sudah banyak duit saya belanjakan untuk tujuan rawatan. Bila saja ada orang beritahu tempat berubat, kami akan pergi dengan harapan dapat sembuh seperti sediakala," katanya.

Beliau berharap ada pihak sanggup membantunya agar dapat berulang -alik ke HUSM tidak lama lagi dan orang ramai yang berhasrat membantunya boleh menyalurkan sumbangan tunai ke akaun simpanan RHB miliknya bernombor 1181 7700 0337 04.